BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

Nak bahagia selalu..masuk sPital bahagiaLaaa...

Bahagia itu dari dalam diri.. Kesannya zahir rupanya maknawi.. Terpendam bagai permata di dasar hati..Bahagia itu ada pada hati..Bertakhta di kerajaan diri..Terbenam bagai mutiara di lautan nurani..Bahagia itu ada di jiwa..Mahkota di singgahsana rasa..Bahagia itu adalah suatu ketenangan..Bila susah tiada gelisah..Bila miskin syukur pada Tuhan..Bila sakit tiada resah di jiwa.. Bukankah Tuhan telah berfirman..Ketahuilah dengan mengingati Allah..Jiwa kan menjadi tenang.. Kebahagiaan itu suatu kesyukuran..Bila kaya jadi insan pemurah..Bila berkuasa amanah..Bila berjaya tidak alpa..Bila sihat tidak lupakan Tuhan..Hakikatnya bahagia itu..Adalah ketenangan.. Bila hati mengingati Tuhan..Semua insan kan mengerti..Maksud terseni Ilahi..Itulah zikir yang hakiki

p/s: xmaula masuk spital...takot jumpa dokotot..bg ubat besaq2 gajah..waaaa~~

ikan comeii

salam..mari bg ikan makan...ikan makan jgn xmakan t sakit..~knpa sudah dgn aku..


:(

Thursday, December 24, 2009

Assalamualaikum wtb....
dekat tempat keja ni, saja busan2..tggu keja..lamanya xmenulis di blog..

ALOOO.
BOS DAH MAI..

Friday, November 13, 2009

MiSsing..T_T

.............

MySpaceMySpaceMySpaceMySpace MySpace MySpace

Tuesday, November 10, 2009

Assalamualaikum...

masa dok cari note2 untuk paper disleksia yang pastinya cukup mencabar..tiba2 terjumpa sajak hasil nukilan sasterawan terkemuka negara..walaupun sajak ini sering didengar setiap kali tibanya sambutan hari guru..tapi kali ini lain sekali rasanya..tiba-tiba teringatkan cikgu-cikgu kat sekolah..rindu zaman sekolah..(T0T). kenapala dulu slalu p sekolah lambat..huhu

Guru oh Guru




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979

p/s: terima kasih buat semua cikgu2 yang penah mencurahkan ilmu..^^ jasamu akanku kenang hingga ke akhir hayatku..


Monday, November 9, 2009

Ketika Cinta

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil menderu Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
Tenggelam di lautan cinta Mu

Berpadu kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Wednesday, November 4, 2009

.:: AnTarA CinTa & RinDu::.

Sunday, October 25, 2009

123456.....

Assalamualaikum wtb..

dah lama rasanya xpost..
esok nak balik rumah..jumpa mak n ayah, sedara, kawan lama yang slalu kal n slalu gak ckp nak p rumah dia ( nabila )..hehee sori2..xsampai2 jgk..xpa..sok kita jumpa..

erm..xam dah nak dekat..balik rumah ni pun coz da free study week...cari mood nk study..

buat kawan2 yang juga nak xam..maaf dipohon andai ada trsilap kata terlanjur bahasa..manusia biasa, kadangkala xsedar kelemahan diri..semoga kita semua berjaya..insyaAllah dunia akhirat..buatlah habis baik tuk paper2 yang kita amik..berjuang habis mungkin tuk xam nie..Basyaaa!!!

terima kasih buat suma yang menyayangi diri ini...sungguh setiap kehadiran suma dalam hidup ini amatlah dihargai..Alhamdulillah~bahagia rasanya..ilham dari kesempatan..

p/s : Bila mungkin ada luka... cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa ....cuba bersabarlah

Friday, October 2, 2009

Batasan Waktu

"Seindah kata

setulus bicara

sejujur pengucapan"

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin

Salam..

di kesempatan ni saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin buat semua yang mengenali diri ini..semoga lebaran ini memberi seribu erti serta keinsafan buat kita yang bergelar da'e..agar terus meningkatkan dan memantapkan diri..semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki serta bertemu lagi di lebaran seterusnya..amin..

Sahabatku




Buatmu wahai teman ku
dirimu amat berharga buatku
hadirmu amat ku hargai
terima kasih atas persahabatan ini


Wahai temanku
jangan pernah mengkhianati aku
kerana aku tidak akan pernah mengkhianati dirimu
jangan pernah menyakiti hatiku
kerana aku sedaya upaya untuk tidak menyakiti hatimu
jangan pernah mempermainkan perhubungan ini
kerana aku tidak akan pernah mempermainkan ikatan ini


Wahai sahabatku
terimalah aku seadanya aku
kerana aku sedia menerima dirimu seadanya
hargailah kasih sayangku padamu
kerana aku menyanyangi dirimu seikhlasnya
kongsilah bersamaku segala suka dan duka
kerana itu nilai setia pengorbananku padamu


Wahai saudaraku
aku mahu kau tahu hakikat hidup ini
kerana dirimu begitu berharga buatku
aku mahu kau sedar akan betapa kejamnya dunia ini
apabila kau lalai meniti perjalanan hidupmu


Aku mahu kau tahu
tiada dua atau tiga sepertimu
menjadi sahabatku dunia & akhirat


Maka wahai temanku
kasihi aku sepertimana aku mengasihi dirimu
hargai aku sebagaimana aku menghargai dirimu
sayangi aku sepertimana aku menyayangi dirimu
terimalah aku sebagaimana aku menerima dirimu


Semoga persahabatan kita dirahmatiNYA


Syukur alhamdulillah & terima kasih

Wednesday, September 16, 2009

Kepulangan Yang Di Nanti



Aidilfitri menjelma lagi..
mungkinkah masih ada aidilfitri buatku lagi..

Untuk kesekiankali..
mengharap satu kepulangan yang amat kunanti..
dengan harapan dan doa...
kupohon kehadrat ilahi..
mengharap belas rindu dan kasih tawa sendamu lagi..


Keriangan semalam kusimpan di benak sanubari..
mengisi sepanjang pemergianmu..
serta sebagai pengubat tika rindu padamu bertamu..


Sungguh aku benar-benar rindu..
redup kasih darimu seperti dahulu..

Tanda kasihmu padaku saudaramu..

Monday, September 14, 2009

TeriMa KasiH TeMan




sekitar kenangan bersama teman seperjuangan di sabah...bila kita dapat jalan sama2 macm ni lagi..a moment 2 remember..i will miss u all


salam...

sambil mendengar alunan lagu Alhmdulillah...too phat,ahli phikir..n sape lg ntah..bait lagu nie wat trsetak ..entahla..apa nk jd dgn aku.."mencari2 zat rahsia yg trsembunyi...dgn pndgn mata hati..."Sujudku pun xkan mebuahkan syukurku......Alhamdulillah ilham dari kesempatan...SEMUANYA AKAN LEBIH BERERTI PABILA DIHAYATI..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...


dah brapa mlm sejak kebelakangan ni mata xbole nk lelap..ada saja yang bermain d fikiran..dari hal2 biasa hinggalah sedalam2nya..yang mampu terluah hanya entahla...jauh di sudut hati biarlah DIA yang tahu segalanya..sesuatu yang membuatku benar tidak akan sesekali membuatku salah..kerna manusia itu lahirnya sukakan kebaikkan..bencikan kemungkaran..

malam ini kurasa tenangnya..walaupun diselaputi kabus2 kebimbangan...yg entah dari mana rasa itu datang..mngkin inilah rasa keluh kesah yang xpenah jauh dari diri..wat diri rs mahu terus berdegil dgn setiap keputusan2 yang telah di buat..

semoga aku istiqamah dgn pilihanku..seikhlasnya

Friday, September 11, 2009

AKU iNGIN mENCINTAIMU

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entahmungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


aku ingin mencintaiMU setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic

Zan

Manusia hari ini suka sangat bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai...

Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-benar ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihat.

jadi..sama2la kita berbaik sangka..insyAllah sudah menjadi fitrah manusia sukakan kebaikan^^

Renung-renungkan dan marilah beramal^^

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,

fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

p/s: Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua...Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian....


"....Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…"

Wednesday, September 9, 2009

WHO CARES???


Tuesday, September 8, 2009

La Tahzan

KAU TEMANIKU SELALU.....

Monday, September 7, 2009

rest~

salam...
selamat pagi...
MySpace

nak basuh baju, byk baju kat bilik basuh baju..
smpai xda ruang nak basuh baju..suma baju2 kat c2 memenuhi ruang..
kawan2 baju2 kamu nie..huhu MySpace
kesimpulannya xbole basuh baju..
byak lagila baju kat bilik..
MySpace

( pengulangan brapa kali baju)hehee..MySpace

kemamaian tlah melanda..lebih kurang macam niela kiranya nk wat buku kanak2 kena bykkn pengulangan..ulang..ulang dan ulang..sampai dapat( bukan hafal tapi faham )

aper daa~

rest jap.. MySpace

dalam usaha menyiapkan buku untuk kegunaan senior yang praktikal jauh nun di sabah and sarawak..hasil penerimaan email dr senior nie..dr yang mgajar disleksia kami dr Lee Lay Wah..telah menukar projek kami..tuk bantu senior nie..dr ckap kena guna bahasa yang ringkas dan janganla sesekali mengelirukan kanak-kanak disleksia ni dengan huruf2 yang mmg depa keliru macam huruf 'b' n 'd'..erm dipendekkan cerita harusla dan kenala buat cita yang sesuai tuk kanak-kanak ni..

xpe2 cikgu cuba yg terbek k ^^ MySpace
kalu comei puji ...xcomei..menguji..hehee..
jiayokkk!!!MySpace

Saturday, September 5, 2009

Pengisian Ramadhan

Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa' (alam akhirat yang kekal abadi). Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.

Antara amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah:

1. Membaca al-Quran. Amalan ini selain dijanjikan pahala berlipat kali ganda, sekiranya dilakukan secara bertadarus beramai-ramai pula mampu memperkukuhkan ikatan silaturrahim.
2. Sentiasa membasahi bibir dengan zikir dan selawat. Amalan ini dapat mengelakkan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia.
3. Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya mendedahkan aurat.
4. Bersedekah. Terutamanya kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.
5. Tidak boros berbelanja. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan.
6. Jaga lidah (percakapan) dan penglihatan. Elakkan mengumpat, menyakiti hati orang lain, dan hindarkan diri daripada melihat perbuatan mungkar (dosa).
7. Mempelajari ilmu, dan mengajarkannya pula pada orang lain.
8. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan amanah
9. Membayar zakat fitrah.
10. Banyakkan bertaubat pada Allah, agar diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.

ruj: http://webnisa.net/

p/s: Ramadhan diawalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya penghapusan dosa-dosa^^


AKU


Kerana AKU
tidak sehebat khadijah yang begitu sempurna

Kerana AKU
tidak setabah Rabiatul Adawiyah
yang begitu setia dalam sengsara

Kerana AKU jua
tidak sekuat dan seteguh sarah apalagi secantik Balqis
Malah kasihku tidak setulus Zulaikha

lalu bantulah AKU YA ALLAH
dalam mencari jalan pulang
kesisiMU

Thursday, September 3, 2009

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan daripasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,"Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atautiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

ruj: iLuvislam.com ( ruangan hawa )^^

Tuesday, August 18, 2009

esok yang lebih baik dari hari ini...amin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

sudah agak lama penulis rasa benar-benar ingin menulis di blog ini..banyak hal yang mengganggu emosi dan fikiran penulis kebelakangan ini..dan rasanya jauh benar diri ini dari hasrat asal diri..penulis akui ini semua hasil sikap penulis sendiri..penulis berharap dan memohon diberi kekuatan untuk mengharungi mehnah ujian yang menimpa diri sehingga penulis rasa banyak perkara lari dari istiqomah penulis..penulis amat merindukan sesuatu yang mendekatkan penulis padaNya..kala ini penulis memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada penulis menyakiti atau terkasar dalam meluahkan kata-kata kpd mana-mana pihak..semuanya datang dari kealphaan dan kelalaian diri penulis sendiri..

tidak sabar rasanya menanti kehadiran bulan mulia penuh barakah..bulan ramadan, hujung minggu ini..semoga di kesempatan dan ketibaan bulan yang mulia ini memberi erti buat penulis mahupun sahabat-sahabat di luar sana..

kala ini penulis ingin mendiamkan diri mencari hikmah disebalik setiap kejadian yang menimpa diri

ampun dan maaf dari insan bergelar hamba..


p/s: JIKA ENGKAU MAHUKAN KEMESRAAN DENGAN ALLAH SWT, MAKA GARANGLAH TERHADAP DIRIMU SENDIRI....JIKA ENGKAU MERASAKAN MANISNYA BERHUBUNG DENGAN ALLAH SWT...TAHULAH ENGKAU BERTAPA PERITNYA PERPISAHAN DENGANNYA..wallahua'lam.



Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


salam mujahadah..
salam ramadan...

Thursday, August 13, 2009

berilah aku peluang untuk mendekatiMU..
aku ingin mencintaiMu..
aku malu Ya Allah..
aku ingin mencintaiMu..
mencintaiMU..
mencintaiMU..
mencintaiMU..
selamanya..
menghambakan diriku padaMU..

Monday, August 10, 2009

LURUSKAN HATIKU



Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu
Dan berkat guru-ku
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkan hatiku agarku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agarku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi didalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidah khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku

Pengertian Taqwa

Menurut Imam Ghazali : Taqwa di dalam Al- Quran disebut dalam tiga pengertian

Pertama : Takut dan malu
Kedua : Taat dan beribadah
Ketiga : membersihkan hati dari dosa, dan yang terakhir adalah taqwa yang sejati.
Demikianlah ringkasan pengertian taqwa dari huraian Imam Ghazali.
secara umum, taqwa ialah satu perkataan yang mengungkapkan penghindaran diri dari kemurkaan Allah SWT dan siksaNya. Yakni dengan melaksanakan segala apa yang diperintahkanNya dan menahan diri dari melakukan segala laranganNya.
Hakikat taqwa ialah Tuhan melihat kehadiranmu dimana DIA telah melarangmu. Tuhan tidak kehilangan kamu dimana DIA telah memerintahkanmu.

ruj : Mujarab Pembersih Jiwa, terjemahan kitab tasawwuf (Risalah al-Muzakarah) karangan ulama sufi: Sayyid Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-haddad oleh Maisarah Khalisah.

Friday, August 7, 2009

Tegar

Derita ini sudah sampai ke penghujungnya
Luka ini tidak akanku biarkan berdarah lagi

Lupakah aku...
tentang sejarah lukaku ini

Kini!!!
Aku mahu terus 'Tegar'
Tidak akan aku menoleh dan pedulikan semua itu lagi

Kernaku akui..
semua itu bakal melemahkan istiqomahku..

Ayuh bingkas bagunlah wahai bejana-bejana jiwaku..
Biarkan yang lain ingin ikut mati!!!

Tapi jangan engkau wahai roh jiwaku..

Bebaskan ia dengan caranya

Thursday, August 6, 2009

.::Menjadi Diriku::.

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi dirikuAtas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Menjadi DirikuAlbum : Munsyid : EdCoustic http://liriknasyid.com/


Wednesday, August 5, 2009

......

Salam..

MySpace

sem nie sungguh berlaku kecelaruan emosi..
jadual berterabur..huuhu..
MySpace
dah rasa macam robot..erm..

buat akma..ma seh adiahkan kerongsang
MySpaceyg kupilih sendri...mewakilkan diri juga ucpn tq 2
dari pikah n diana..

nasib pekeja 2 keja lebih masa..
kalau x...xtaula..

hehehh..letih degaq ampa cita pasai novel..
sgtla tak faham..tapi buat macam faham..

MySpace
serius memang tak faham..

p/s: pikah kalau ujan cepat2 MySpaceminjam moto anisra..tau!!

Friday, July 31, 2009

.:: Di Hening Malam ::.
Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya

Friday, April 24, 2009

Remember--;-@

Always Remember
When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.
when your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,Allah is The Light.
When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense,but Allah is The Wise.
When times are troubled And no one seems to care
Remember just remember Allah won't hurt you, He is The Fair.
When your heart is breaking And your pain makes you fall
Remember just remember Allah Sees it all.
When you are weak And the road seems long
Remember just remember Seek strength from The Strong.
When life is a burden And everything is unstable !
Remember just remember Allah is The Able.
When the way is cloudy And there is no one by your side
Remember just remember Allah is The Only Guide.
When no one wants to listen Or is willing to lend an ear
Remember just rememberAllah is always ready to hear....

Tuesday, April 21, 2009

Cinta Seekor Cicak~

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku. Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah berada di situ selama 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.
Apa yang terjadi??? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun???. Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.
Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!!
Pemuda itu lantas menghentikan pekerjaannya dan memerhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. Kemudian...tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya....AHHHH!!!
Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata seekor cicak lain yang selalu memperhatikan dan mengambil berat cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun ini!!!
Sungguh ini sebuah CINTA...cinta yang indah. cinta yang terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan~

~tersentuh mendengar cerita ini..lalu mulai berfikir ttg hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, adik-beradik, saudara-mara...seiring dgn perkembangan teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sgt cepat. tak pedulilah sejauh mana jarak pemisah...berusahalah semampumu tuk tetap dekat dgn orang-orang yang kita kasihi^^

Ketulusan Hati...(Ost Aqso & Madina)

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Friday, April 17, 2009

Hasbunallah Wanimal Wakil...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cukuplah Allah swt menjadi pelindung bagiku
DIAlah zat yang selama ini melindungi ahli keluargaku..
membantu setiap urusanku..
membantu insan-insan yang aku sayangi dalam hidupku..

Engkaulah yang mengizinkan segala-galanya
Engkau adalah yang terbaik untuk aku pecaya..
Engkau yang memberi segala rasa..
Engkau yang mengizinkan segala rasa..
aku bersyukur kerna dilahirkan dalam agamaMU
yang mendapat keredhaan dan limpah kurnia dariMU

Dan sekarang biarkan rasaku ini tenggelam

dalam rasa syukur untuk selamanya ya Allah
kerna aku paling tenang dengan cara itu..


" Ku cari cahaya-MU dalam gelap dalam terang dalam duka dalam suka..Ku mencari-MU pada tiap masa..bimbingku dalam mencari-MU..bimbingku pasti Kutemui-MU..kerna kutahu itulah yang kumahu..rasa yang tinggi kita damba selama kita ini hina..lemah serba serbi, mahu itu mahu ini..lupa situasi dunia dan realiti..bimbingku dalam mencari-Mu..bimbingku kasih dalam bertemu dengan-Mu.."

Thursday, April 16, 2009

.::Hasrat cinta...dan Tuhan::.

Ku tinggalkan jalur-jalur rindu di langit biru...
Agar dapat kubercinta denganmu walaupun sesaat..
Waktu jangan terus berdetik..
Benarkan hati kami riang..
hanya untuk seketika..

Tapi sayang...
Langit biru itu, kini mendung..
Menyimpan beban yang tidak tertanggung..
Kini aku harus pergi..
Meninggalkan bunga di tasik sepi..
Dalam hujan rindu yang terus mencurah..
Membasahi malam yang penuh dengan resah..

p/s: seringkali kuberdoa padaNYA agar segalanya akan baik sahaja...kerna rahmatMU adalah segalanya..

Sunday, April 12, 2009

Terima Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSegala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

hati penulis terpanggil untuk menulis..tujuan penulis memblog ni pun bukanlah untuk meluahkan segala isi hati..penulis sedar, ini bukanlah medium yang terbaik tuk meluahkan segalanya..tempat yang terbaik dan pendengar terbaik adalah disisi Allah SWT...penulis sedar akan kebahagian dan ketenangan itu.." sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati-hati akan menjadi tenang..." Allah adalah tempat terbaik untuk mengadu segalanya..tanpaNYA lemahlah hati pabila diuji..Allahuakhbar...

Alhamdulillah..sedikit ceria muncul di hati mengenang sesuatu... insyAllah segalanya akan semakin baik..berkorbanlah duhai hati..berkorban, berjuang demi cinta..suka dan duka suratanNya..mengenal erti jalan bahagia..

apa yang berlaku adalah takdir ketentuan darinya..sabar, redha dan tabah ketika menjalani ujian darinya..kita hidup di dunia ni sementaraja..hargailah nikmat yang ada..hargai sekecil-kecil kurniaan..tanamkan cita-cita setinggi bintang di langit, dan rendahkan diri sedalam mutiara di lautan..tiada yang berbeza antara kita semua..semua berpeluang mendapat kebahagian darinya..

salahkan takdir~ tidak dinafikan kadang-kadang ada tindakan di luar kawalan.hingga semuanya terasa begitu pelik..mungkin sukar untuk menerima kenyataan..manusia biasa, iman yang berubah-ubah..para malaikat imannya mendatar sementara iman para nabi, sentiasa naik dari hari ke hari..walauapapun..sentiasalah mengingatiNYA..( pesanan untuk diri )..sememangnya hidup penuh dengan onak duri dan cabaran..hadapilah ia dengan senyuman..

teman, terima kasih atas perkongsian dan peluang... mungkin selama ini ada salah faham antara kita..dengan bawa berbincang, kita akan lebih mengerti..apa sebenarnya..kekangan masa dan situasi ada kalanya menyebabkan semua yang bersarang di fikiran di bawa ke hati..lantas banyak andaian dibuat..moga kita sentiasa berprasangka baik..apapun yang kita lakukan..biarlah dengan hati, dengan ikhlas..jangan penah ada rasa terpaksa..insyAllah akan dipermudahkanNya..niat perlu betul..niat yang baik, tidak menghalalkan cara, susah nak faham kata-kata ni..duhai hati belajarlah untuk faham~

Friday, April 10, 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa yang mujarab (insyAllah..) dengan penuh ketulusan dan keikhlasan, keyakinan untuk menghilangkan kesedihan, kecemasan dan kedukaan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tiada Tuhan selain Allah yang maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.

Ya Allah
Hanya rahmatMu yang kuharapkan
maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasihMU
sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku
Tiada Tuhan selain Engkau

Aku memohon ampunan kepadaMu Ya Allah
yang tiada Tuhan selain DIA, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri
dan aku bertaubat kepadaMU

Tiada Tuhan selain Engkau
Maha Suci Engkau
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim

Ya Allah
sesungguhnya aku adalah hambaMU
dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu.
Hidupku ditanganMu
Telah berlalu qhadaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku

Aku memohon kepadaMU
dengan semua nama yang Engkau miliki
yang Engkau namakan diriMu sendiri
yang engkau cantumkan di dalam kitabMu
yang Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu(
NabiMu)
atau dengan semua namaMu
yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada disisiMu
agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Qur'an sesuatu yang rimbun
dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku


Ya Allah
sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu
dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan, dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut
dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang berniat jahat

dan
Ya Allah...cukuplah Engkau menjadi penolongku...dan kau adalah sebaik-baik Pelindung

“Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan kerana-Mu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku...Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu

(Munajat sufi Rabiatul Adawiyah)

Thursday, April 9, 2009

MASA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Semakin hari semakin sedikit masa terluang yang saya ada. Banyak aktiviti yang ingin dilakukan tetapi terpaksa ditunda, kerana saya hanya ada 24 jam sehari. Kadangkala rasa teramat best jika kita tidak perlu tidur kerana itu sahaja cara untuk mendapat masa ekstra. Allah telah menjadikan kita dengan sebaik yang mungkin, jadi tidur itu adalah satu keperluan wajib.
Banyak yang ingin saya buat dan capai, tetapi saya ada halangan yang paling besar iaitu masa yang saya diperuntukkan adalah 24 jam sahaja sehari.


Sayang untuk saya korbankan rancangan-rancangan yang berpaksi kepada kebaikan. Kadang kala terfikir di hati ingin menjadi perompak. Ya apabila kita ke mana-mana kita dapat lihat ada orang yang sedang lepak, sedang berbual kosong, sedang terlebih tidur, sedang menonton tv, sedang berehat, sedang main game di tv ataupun playstation dan banyak lagi. Kalau boleh saya ingin merompak masa yang ekstra yang mereka ada itu.

Bestnya jika masa-masa yang ekstra yang mereka ada itu dapat saya miliki, sudah pasti banyak aktiviti yang saya rancangkan berjaya menjadi kenyataan.

Jika setiap orang sudi meminjamkan kepada saya 1 jam setiap hari pasti saya akan membayar balik nanti. Kepada yang sudi meminjamkan kepada saya masa, berikut adalah antara aktiviti yang saya ingin lakukan dengan masa 1 jam yang dipinjam :

1. Membaca buku berinspirasi- supaya diri saya menjadi lebih bersemangat dan dapat memajukan diri dan dapat mengelakkan dari melalui jalan yang salah dan mempercepatkan saya mencapai impian.

2. Membantu orang lain berjaya-supaya semakin ramai orang menjadi hebat, gembira dan sentiasa bersyukur kepada Allah sepanjang masa.

3. Memaklumkan kepada masyarakat tentang keperluan mengurus kewangan dengan baik - ianya boleh dilakukan sama ada melalui flyer, emel, blog, website, sms, radio dan tv.

4. Membantu orang yang sedang menadah tangan memohon bantuan-melawat rumah-rumah anak yatim, orang tua dan menghulurkan simpati ataupun spent time with them.

5. Mendidik rakan sekerja dan sesiapa yang ditemui supaya tidak lagi mengunakan kad kredit (hutang) dan gantikan dengan kad debit(duit).

6. Memberi kenikmatan kepada orang tua, supaya mereka juga dapat menikmati sebahagian dari nikmat dunia yang dibenarkan oleh Allah.

7. Mendekati manusia dengan Allah dengan membaca terjemahan Al-Quran supaya lebih memahami kenapa Allah menciptakan manusia.

….. siapakah yang sudi menghadiahkan masanya untuk aktiviti seperti di atas?

p/s: diemaikan dari seorang teman yang inginkan masa...begitu penting masa itu bagi beliau, erm..bagaimana pula dengan penulis, rasanya begitu banyak masa yang telah dibazirkan!! :( :( :(
~muhasabah ya~

Saturday, April 4, 2009

Aku yang sentiasa memerlukanMu

Ya Rahman..Ya Rahim..


ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
ku menghimpun kekuatan meredah badai
bertapa aku memerlukanMU
kumencari keredhaanMU
inginku ulangi kembali langkah pertama
mencariMU kembali
dengan rahmatMU dengah limpah kasihMu
kurniaankanlah daku hati yang mengingatiMU,
bertaubat kepadaMU, kembali padaMU

kukutip semua sisa-sisa untuk meneruskan baki perjalanan
moga kesempatan ini sentiasa ada bersama restu kasihMU Tuhan
biar bertapa sukar sekalipun
tetapkanlah hatiku..
lapangkan fikiranku..


*aku: moga aku faham bahwa kegagalan dan keperitan bukanlah satu kekalahan..tetapi kejayaan yang masih tertunda

Thursday, April 2, 2009

gud luck untuk exam

salam..

baru balik antaq kak shila with pae n murinz..
huhu..kak shila balik study week kat rumah dia
kat terengganu..

nak balik jugak!!! MySpace
hihi..rumah saya..kat penang ja..tiap-tiap minggu bole balik
bak kata roomate..( eleh..kecoh ja dia nak balik juga..rumah dekat ja..lenla cm aku..)

cian roomate..sekali-sekala buat luahan perasaan..
tidak dinafikan rumahnya yang memang jauh di mata..
MySpace
nun di sarawak..
sabar eh roomate~

xpa2...
kita dah nk cuti 3 bulan
oyey!!!
MySpace

apapapun..exam dulu..

sebenarnya, post kali ni untuk ucapkan
selamat berxam..
MySpace

disini saya susun sepuluh jari memohon maaf andai ada
silap dan salah MySpace

gud luck
buat kawan-kawan seperjuangan
( special education student, usm..sem 4 )
dan suma kenalan2 n sahabat2 yang juga bakal menduduki peperiksaan

jawab yang terbaik..
kalau sempat..balik jumpa mak dan ayah serta saudara
mohon maaf, minta restu..didoakan dipermudahkan segala urusan
paling tidak pun..buatja panggilan MySpace

jangan lupa, jumpa lecture2..minta halal ilmu yang dicurah..
manala tahu ada yang terkomen terlebih kuah masa time lec
masa duduk kat depan or belakang time pensyarah ngah bagi lec..hihi
MySpace
jaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang cuti dan exam nie eh..

dan yang paling penting!!

USAHA DOA DAN TAWAKAL..

p/s: ingatkan diri sendiri juga nie

Wednesday, April 1, 2009

Jika Ini Jalanku

Saat aku merenung diriku..
aku memikirkan..bertapa bijaknya kehidupan..
bertapapun kucuba lari..ku masih mentah memahami..
tp semua itu mungkin hanya alasanku..
bagaimana aku boleh berkata begitu..tanpa aku lihat semuanya dengan matahatiku..


ya Allah..
bertapa lemahnya diriku..
saatku diuji..bertapa lalainya aku..


aku mahu ya Allah..
sahabat-sahabat untuk kejalanMu

aku mahu Ya Allah..bertemankan mereka..
untuk kehidupan dunia dan akhiratku..

tp..ikhlaskah hatiku bertemankan mereka..
ikhlaskah hatiku menerima mereka..
aku mahu mereka merasai kehadiranku..
tp mungkin aku sendiri terlepas pandang dalam menghargai tika kehadiran mereka..

tp ingat wahai diriku..kau yang mentah..ingin benar mencari redhanya
jangan kau lupa yang lemah di sisimu..
mereka juga ada harapan..
mungkin kau yang tidak tahu..
apa juga pandangan kau..kau perlu memikirkan juga akan mereka
bantulah mereka dengan kudratmu..sepenuh hatimu..atas nama cinta pada Robbmu

mungkin itu jalanNya untuk membantumu
memahami kebijaksanaan dunia yang ingin benar kau fahami itu..

namun..jangan pula kau lupa akan taman hatimu..dengan matlamat asalmu..
dan mohonlah pimpinan terbaik dariNYA yang paling memahamimu..

ingatlah duhai hatiku..
jika jalan manis ini yang kau pilih..

maka..
tidak ada jalan mudah untuk kau kecapinya..
pastinya banyak halangan yang bakal kau hadapi..

bersabar dan bersyukurlah duhai sanubari..
ini jalan yang kau pilih..dan ini jalan tenang yang kau impikan..

pastikan kau sentiasa mengingatkan dirimu tentang itu..

maafkan dirimu..
andai langkah kau kadangkala tersasar..
dan jangan biar ia terlalu jauh tersasar..
saat kau sedar..itulah kemanisan..

usah kau peduli lagi tentang yang lain yang menghalang perjalananmu itu..

carilah teman-teman yang bisa membantumu ke jalan itu..dan ajarlah dirimu untuk menjadi teman yang kau impikan itu..jadilah yang terbaik untuk dirimu dan insan-insan yang sentiasa bersamamu dengan penuh syukur buat Robbmu..

p/s : destinasi cinta yangku cari..sebenarnya semakin hampir..cuma kabur kerana dosa di dalam hati..relaku redah daerah cinta yang lahir dari wadah yang alpha..tiada tenang kutemui hanya kecewa..menyelubungi..( bait2 lirik lagu kegemaranku kala ini..mestica, destinasi cinta)

Monday, March 30, 2009

Jangan Bersedih Dengan Perilaku Manusia Terhadapmu

Jangan bersedih dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkahlaku mereka terhadap Allah swt..

anda tidak perlu bersedih dengan perilaku dan tingkahlaku seseorang terhadap anda..mereka adalah orang yang tidak mengetahui bagaimana seharusnya bersikap kepada sesama makhluk Allah swt..Bahkan kepada khalid sekalipun telah melampaui batas.

Menurut iman Ahmad dalam bukunya Az-Zuhud, Allah SWT berfirman :

Wahai anak Adam, sungguh hairan KUlihat dirimu! Aku telah menciptakanmu, tetapi kamu malah menyembah selain dari Aku. Aku telah memberikanmu rezeki, tetapi kamu malah bersyukur selain daripada Aku. Telah KUtunjukkan kasihKU dengan memberimu belbagai nikmat, sedang aku sendiri tidak memerlukanmu, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKU dengan berbuat maksiat. kebaikkanKU selalu KU limpahkan kepadamu, tetapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kapadaKU.

Disebutkan dalam sirah Nabi Isa Alaihissalam bahawa ia telah mengubati sebanyak 30 orang pesakit dan telah menyembuhkan ramai orang buta. Namun mereka itu kemudian berbalik semula menjadi musuh-musuhnya.

ruj: Noraini Abu: Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni SIRI PENYEJUK HATI: don't be sad m/s 242

Tak Nak Peduli..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

penulis tak nak peduli..nak degil dalam urusan nie..

Tak kisahla apa orang nak kata..yang penting yang baik-baik dianggap sebagai teguran membina lagi besh..dan yang kurang baik itu sebagai ujian..cobaan..tak kisahla apa pandangan orang. Slagi ia tidak menganggu gugat hubungan dengan mak ayah, sedara, kawan-kawan termasuk sumala yang byk memberi sokongan.. n, apapun yang paling penting tidak melebihi batasan-batasan dalam agama..hubungan dengan Allah swt..kenapa nak rasa susah hati pula..no point~

untuk membalas bukan diriku..nak senyum bilaku marah..( hahaha ) sebab bilaku marah i2 yang paling buruk!! Xsuka2..

Alhamdullah bersyukur kritikan or teguran tandanya masih ada yang peduli..


penulis still remember..kata-kata tok..masa kecik-kecik dulu….

"orang marah sebab orang sayang..kalau orang dah dah tak peduli 2..erm..maksudnya orang dah tak suka..dah tak sayang"..berbekas juga di hati sanubari neh~

ma kaseh tok..cayang tok..


tok kena rajin makan ubat taw, hihi..tok slalu tukar cita masa d ajak makan ubat ( penah jd nurse xbertauliah dulu, chek darah tok, kencing manis..diabetis mellitus,hihi mesti tok tak faham kalau ckp orang putih cm2..hihi..apapapun..tok memang comeeiila..)... tok slalu cita masa zaman jepun dulu..walaupun slalu diulang2 tp tak ditayang…layanja..hargai masa bersama tok..tok memang besh..hihi ^ ^

p/s : isk3 aper da~ meleret-leret cakap tentang tok pula

Friday, March 27, 2009

AKU DAN KEKASIHKU

MySpaceMySpace

Kali ni aku nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?


DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca
je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! MySpace

Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam ...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya ...millionaire ...billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support...caya tak?


Free of charge...Tapi aku tak sedap hati la...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah!


DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!MySpace


Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI ,
TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA...
ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T. ... CINTA TERAGUNGKU!

ruj: Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


sebagai insan biasa semestinya tidak lepas dari melakukan salah dan silap..tetapi apa yang lebih penting ialah kesedaran setelah dilalaikan..jangan pula dosa-dosa yang telah dilakukan dijadikan penghalang untuk terus bangun dan kembali semula..siapa kita dahulu menentukan siapa kita sekarang..pengalaman dan kekecewaan lampau merupakan satu kekuatan untuk kita bangun semula..jangan ulangi apa yang membinasakan..jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pedoman serta tauladan..kita tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan..berusaha keras untuk menjauhi kesilapan lampau..usah dikenang andai ia menjatuhkan usaha yang bakal menyusul..dan jangan pula mengulaginya untuk kesekian kali..dan ingatlah Allah swt tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali DIA akan menggantikannya dengan lebih baik..Tetapi itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapannya.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Robbmu dengan hati yang puas lagi diredaiNYA" ( Al-Fajr: 27-28 )

p/s : semoga aku sentisa resah untuk mencariMU, merinduiMU dan MencintaiMU ya ILAHI

Thursday, March 26, 2009

Fikir-fikirkanlah...

Assalamualaikum WTB

Terkilan rasa hati sepanjang hari ni, sahabat akrab penulis kurang sihat..dia demam teruk sampai menggeletar badannya( sekarang ni banyak sakit yang pelik2..) penulis terkilan saat meminta bantuan untuk bawakan sahabat ni ke pusat kesihatan..tidak ada yang sudi membantu, suma sibuk masih mahu tidur..ada katanya tak sempat ada kelas, bagi penulis apa salahnya tolong hantarkan sekejap..hantarkanja( kamu berkenderaan )..sahabat penulis tak mampu nak jalan masa 2..kalu tak..penulis pun tak akan menyusahkan korang...sahabat penulis bukannya saja2 dia tak sihat..huhuhu..penulis sangat pelik..hal yang sama penah berlaku ( pernah hadapi situasi yang hampir sama..jd mesti tahu prosedurnya..) pd kaum lelaki d desa yang sama..yg peliknya sibuk pula dorang nak tolong~ sampai sesangat risau, bagusla kalu ada rasa risau 2..tak salah pun..tp, knp????? bila sahabat penulis yang perempuan ni sakit korang tak amik kesah..adakah sebab dia perempuan..HUH...penulis sangat kebingunggn dengan sikap yang pelik nie..xsangka perlu ada lagi yang bersifat macam ni..kesian sahabat penulis taw..sampai hati dorang buat macam ni..huhu..sangat2 marah n terasa dengan sikap segelintir sahabat yang camni..erm..apa salahnya, tolong bawakan sahabat penulis sekejap td!!!

tp, Alhamdulillah dalam byk2 2..masih ada juga yang menghulurkan bantuan..terima kasih..kita kan sama2 belajar kat sini jd sama2la bantu membantu..mana tahu suatu hari nanti masa susah kita pula...macam mana kalu xda yang sudi hulurkan bantuan...kan sedih 2~

p/s : hidup nie macam roda ada kalanya kita di atas ada kalanya kita di bawah...

Monday, March 23, 2009

5 jenis racun dan 5 penawarnya

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya.

rindunya!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


kala nie penulis rs rindu sangat!!!
aku kangan sama kamu, apa kamu xkangan sama aku..
( bait2 lagu yg slalu diulang oleh rumitku beberapa ari nie..huhu )

rindunya kat seorang insan bernama kakak..

erm..doa sentiasa mengiringi kak..
moga kak dlm redha dan rahmat darinya..
moga kak bahagia disamping pendamping hidup kak..

un sangat rindu kat kak..

mesti kak sgt gumuk n montel serta sehat kan2..

dah lama kita xborak sama2...
dah lama xdgr ceramah n teguran dr kak..
maaf eh kak..kalu adik ada salah apa2 kat kak..
selama kita bersaudara nie..

insyAllah..adik akan ingat pesan kak..
walau apapun..akak tetap kak yg paling besh yg penah adik ada..

adik rindu kak skrg nie..
tp adik taw, kak pasti byk urusan skrg nie..
walauapapun yg akak sibukkan skrg..

adik pecaya..pasti ada sebabnya..

adik nk ckp yg adik rindu kak sgt2..
akak rindu adik x???

p/s : kau adalah akak yg terbaik yang penah adik ada..ingat 2!!!

suri teladan..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula,

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

P/s : SubhanAllah...Alhamdulillah...Allahuakbar

Sunday, March 22, 2009

husnuzzon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


Berprasangka baik tuk setiap hal yang kita hadapi bknlah sesuatu yang mudah...sy akui hal i2..tp...merenung dan memikirkan setiap yang brlaku pasti ada hikmah disebaliknya..setiap dugaan 2, pasti ada harganya di cc Allah SWT...jadi, terimalah semua itu dgn brlapang dada...brsikap rasionallah!!!


Hal yang sangat menyedihkan adalah :
-Saat kau jujur pada temanmu,dia berdusta padamu.
-Saat dia berjanji padamu,dia mengingkarinya.
- saat kau memberikan perhatian, dia tidak menghargainya.

Hal yang sangat menyakitkan adalah:
-saat kau mengirimkan email kepada temanmu, dia mendelete tanpa membacanya.
-saat kau bertemu dengannya dan ingin menyapanya,dia tidak menjawab.
-saat kau mencintainya with tulus tapi dia tidak mencintaimu.
-saat dia yang kau sayangi tiba-tiba mengirimkan kad undangan pernikahannya.

Hal yang sangat mengecewakan pula adalah:
-kau diperlukan hanya saat dia dalam kesusahan.
-saat kau bersikap ramah,dia terkadang bersikap sinis
padamu.
-saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha untuk menghindarimu.


Jangan pernah menyesali atas apa yang terjadi padamu.
Sebenarnya hal-hal yang kau alami sedang mengajarmu
.

Saat temanmu mendelete email yang kau kirim sebelum membacanya atau saat bertemu dengannya dan ingin menyapa, dia pura-pura tidak melihatmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu agar tidak berprasangka buruk dan selalu berfikiran positif bahawa mungkin saja pernah membaca email yang kau kirim atau mungkin saja dia tidak melihatmu.

Dan saat dia tidak menjawab emailmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu untuk menjawab email temanmu yang lebih memerlukan jawapan walaupun kau sedang sibuk dan jika kau tidak dapat menjawabnya katakana kau belum dapat menjawabnya jangan biar emailnya tanpa jawapan kerana mungkin dia sedang menunggu jawapanmu.

saat kau mencintainya with tulus tapi dia tidak mencintaimu atau dia yang kau sayangi tiba-tiba mengirimkan kad undangan pernikahannya. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk redho menerima takdir ILAHI.

Saat kau bersikap ramah tapi dia terkadang bersikap sinis padamu, sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk selalu bersikap ramah pada sesiapapun.

Saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha menghindarimu. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk menjadi teman yang dapat berbahagi cerita dan mendengar keluhan temanmu dan membantunya.

Saat kau diperlukan hanya pada saat dia sedang dalam kesulitan. Sebenarnya dia telah mengajarmu untuk menjadi orang yang arif dan santun,kau telah membantunya di saat dia dalam kesulitan.

Begitu banyak hal yang tidak menyenangkan yang sering kau alami..
Apatah lagi bertemu with orang2 yang menggeramkan with sikapnya yang egois.
Dan betapa tidak menyenangkan apabila menjadi orang yang dikecewakan,disakiti,tidak dipedulikan,tidak dihargai atau bahkan mungkin dicaci dan dihina.

Sebenarnya orang-orang tersebut sedang mengajarmu untuk melatih membersihkan hati dan jiwa, melatih untuk menjadi orang yang sabar dan mengajarmu untuk tidak berprilaku seperti itu……………..

Mungkin takdir ALLAH SWT menginginkan kau bertemu dengan berbagai macam karakter yang tidak menyenangkan sebelum kau bertemu dengan orang yang menyenangkan dalam kehidupanmu dan kau harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu yang telah mengajarmu sesuatu yang paling berharga dalam hidupmu.

p/s : belajarlah untuk menghargai sekecil2 kurniaan..i2 lebih baik bukan ^^

Friday, March 20, 2009

Wo HE`r ManG!!

singgah c ni, sbb penulis hampir penin..
aper da~

Saat2 kritikal cm nie..
keupayaan brfikr mngkat..

adakah ini yang dinamakan pemikiran kritis n kreatif
idea datang setelah dikerah..

mujur ada rujukan dr ilmuan lepas..
kalo ikut logik akal..
bole jg..

tp bak kata dr Fadhilah dlm lectrnya td..

kajian perlukan instrument..
of course ia prlukn masa..
kalu dpt kemukakanya..
br lyk digelar true pengkaji..

.................................................................
huhu..
kesiannya otak..
brkerja keras..

sebab tuannya, buat keja last minit!!

p/s : len kali jgn wat keja last minit~