BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin

Salam..

di kesempatan ni saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin buat semua yang mengenali diri ini..semoga lebaran ini memberi seribu erti serta keinsafan buat kita yang bergelar da'e..agar terus meningkatkan dan memantapkan diri..semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki serta bertemu lagi di lebaran seterusnya..amin..

Sahabatku




Buatmu wahai teman ku
dirimu amat berharga buatku
hadirmu amat ku hargai
terima kasih atas persahabatan ini


Wahai temanku
jangan pernah mengkhianati aku
kerana aku tidak akan pernah mengkhianati dirimu
jangan pernah menyakiti hatiku
kerana aku sedaya upaya untuk tidak menyakiti hatimu
jangan pernah mempermainkan perhubungan ini
kerana aku tidak akan pernah mempermainkan ikatan ini


Wahai sahabatku
terimalah aku seadanya aku
kerana aku sedia menerima dirimu seadanya
hargailah kasih sayangku padamu
kerana aku menyanyangi dirimu seikhlasnya
kongsilah bersamaku segala suka dan duka
kerana itu nilai setia pengorbananku padamu


Wahai saudaraku
aku mahu kau tahu hakikat hidup ini
kerana dirimu begitu berharga buatku
aku mahu kau sedar akan betapa kejamnya dunia ini
apabila kau lalai meniti perjalanan hidupmu


Aku mahu kau tahu
tiada dua atau tiga sepertimu
menjadi sahabatku dunia & akhirat


Maka wahai temanku
kasihi aku sepertimana aku mengasihi dirimu
hargai aku sebagaimana aku menghargai dirimu
sayangi aku sepertimana aku menyayangi dirimu
terimalah aku sebagaimana aku menerima dirimu


Semoga persahabatan kita dirahmatiNYA


Syukur alhamdulillah & terima kasih

Wednesday, September 16, 2009

Kepulangan Yang Di Nanti



Aidilfitri menjelma lagi..
mungkinkah masih ada aidilfitri buatku lagi..

Untuk kesekiankali..
mengharap satu kepulangan yang amat kunanti..
dengan harapan dan doa...
kupohon kehadrat ilahi..
mengharap belas rindu dan kasih tawa sendamu lagi..


Keriangan semalam kusimpan di benak sanubari..
mengisi sepanjang pemergianmu..
serta sebagai pengubat tika rindu padamu bertamu..


Sungguh aku benar-benar rindu..
redup kasih darimu seperti dahulu..

Tanda kasihmu padaku saudaramu..

Monday, September 14, 2009

TeriMa KasiH TeMan




sekitar kenangan bersama teman seperjuangan di sabah...bila kita dapat jalan sama2 macm ni lagi..a moment 2 remember..i will miss u all


salam...

sambil mendengar alunan lagu Alhmdulillah...too phat,ahli phikir..n sape lg ntah..bait lagu nie wat trsetak ..entahla..apa nk jd dgn aku.."mencari2 zat rahsia yg trsembunyi...dgn pndgn mata hati..."Sujudku pun xkan mebuahkan syukurku......Alhamdulillah ilham dari kesempatan...SEMUANYA AKAN LEBIH BERERTI PABILA DIHAYATI..ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...


dah brapa mlm sejak kebelakangan ni mata xbole nk lelap..ada saja yang bermain d fikiran..dari hal2 biasa hinggalah sedalam2nya..yang mampu terluah hanya entahla...jauh di sudut hati biarlah DIA yang tahu segalanya..sesuatu yang membuatku benar tidak akan sesekali membuatku salah..kerna manusia itu lahirnya sukakan kebaikkan..bencikan kemungkaran..

malam ini kurasa tenangnya..walaupun diselaputi kabus2 kebimbangan...yg entah dari mana rasa itu datang..mngkin inilah rasa keluh kesah yang xpenah jauh dari diri..wat diri rs mahu terus berdegil dgn setiap keputusan2 yang telah di buat..

semoga aku istiqamah dgn pilihanku..seikhlasnya

Friday, September 11, 2009

AKU iNGIN mENCINTAIMU

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entahmungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


aku ingin mencintaiMU setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic

Zan

Manusia hari ini suka sangat bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai...

Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-benar ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihat.

jadi..sama2la kita berbaik sangka..insyAllah sudah menjadi fitrah manusia sukakan kebaikan^^

Renung-renungkan dan marilah beramal^^

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,

fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

p/s: Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua...Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
Ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian....


"....Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…"

Wednesday, September 9, 2009

WHO CARES???


Tuesday, September 8, 2009

La Tahzan

KAU TEMANIKU SELALU.....

Monday, September 7, 2009

rest~

salam...
selamat pagi...
MySpace

nak basuh baju, byk baju kat bilik basuh baju..
smpai xda ruang nak basuh baju..suma baju2 kat c2 memenuhi ruang..
kawan2 baju2 kamu nie..huhu MySpace
kesimpulannya xbole basuh baju..
byak lagila baju kat bilik..
MySpace

( pengulangan brapa kali baju)hehee..MySpace

kemamaian tlah melanda..lebih kurang macam niela kiranya nk wat buku kanak2 kena bykkn pengulangan..ulang..ulang dan ulang..sampai dapat( bukan hafal tapi faham )

aper daa~

rest jap.. MySpace

dalam usaha menyiapkan buku untuk kegunaan senior yang praktikal jauh nun di sabah and sarawak..hasil penerimaan email dr senior nie..dr yang mgajar disleksia kami dr Lee Lay Wah..telah menukar projek kami..tuk bantu senior nie..dr ckap kena guna bahasa yang ringkas dan janganla sesekali mengelirukan kanak-kanak disleksia ni dengan huruf2 yang mmg depa keliru macam huruf 'b' n 'd'..erm dipendekkan cerita harusla dan kenala buat cita yang sesuai tuk kanak-kanak ni..

xpe2 cikgu cuba yg terbek k ^^ MySpace
kalu comei puji ...xcomei..menguji..hehee..
jiayokkk!!!MySpace

Saturday, September 5, 2009

Pengisian Ramadhan

Mukmin yang taat kepada perintah Allah pastinya gembira menantikan kehadiran Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Mereka yang dipanjangkan usia sehingga bertemu Ramadhan kali ini sewajarnya bersyukur. Ianya adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa' (alam akhirat yang kekal abadi). Kesempatan yang sangat bernilai ini sewajarnya direbut sekaligus berazam untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.

Antara amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah:

1. Membaca al-Quran. Amalan ini selain dijanjikan pahala berlipat kali ganda, sekiranya dilakukan secara bertadarus beramai-ramai pula mampu memperkukuhkan ikatan silaturrahim.
2. Sentiasa membasahi bibir dengan zikir dan selawat. Amalan ini dapat mengelakkan kita daripada bercakap perkara yang sia-sia.
3. Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya mendedahkan aurat.
4. Bersedekah. Terutamanya kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan.
5. Tidak boros berbelanja. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan.
6. Jaga lidah (percakapan) dan penglihatan. Elakkan mengumpat, menyakiti hati orang lain, dan hindarkan diri daripada melihat perbuatan mungkar (dosa).
7. Mempelajari ilmu, dan mengajarkannya pula pada orang lain.
8. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan amanah
9. Membayar zakat fitrah.
10. Banyakkan bertaubat pada Allah, agar diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.

ruj: http://webnisa.net/

p/s: Ramadhan diawalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya penghapusan dosa-dosa^^


AKU


Kerana AKU
tidak sehebat khadijah yang begitu sempurna

Kerana AKU
tidak setabah Rabiatul Adawiyah
yang begitu setia dalam sengsara

Kerana AKU jua
tidak sekuat dan seteguh sarah apalagi secantik Balqis
Malah kasihku tidak setulus Zulaikha

lalu bantulah AKU YA ALLAH
dalam mencari jalan pulang
kesisiMU

Thursday, September 3, 2009

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan daripasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,"Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atautiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

ruj: iLuvislam.com ( ruangan hawa )^^