Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
sudah agak lama penulis rasa benar-benar ingin menulis di blog ini..banyak hal yang mengganggu emosi dan fikiran penulis kebelakangan ini..dan rasanya jauh benar diri ini dari hasrat asal diri..penulis akui ini semua hasil sikap penulis sendiri..penulis berharap dan memohon diberi kekuatan untuk mengharungi mehnah ujian yang menimpa diri sehingga penulis rasa banyak perkara lari dari istiqomah penulis..penulis amat merindukan sesuatu yang mendekatkan penulis padaNya..kala ini penulis memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada penulis menyakiti atau terkasar dalam meluahkan kata-kata kpd mana-mana pihak..semuanya datang dari kealphaan dan kelalaian diri penulis sendiri..
tidak sabar rasanya menanti kehadiran bulan mulia penuh barakah..bulan ramadan, hujung minggu ini..semoga di kesempatan dan ketibaan bulan yang mulia ini memberi erti buat penulis mahupun sahabat-sahabat di luar sana..
kala ini penulis ingin mendiamkan diri mencari hikmah disebalik setiap kejadian yang menimpa diri
ampun dan maaf dari insan bergelar hamba..
p/s: JIKA ENGKAU MAHUKAN KEMESRAAN DENGAN ALLAH SWT, MAKA GARANGLAH TERHADAP DIRIMU SENDIRI....JIKA ENGKAU MERASAKAN MANISNYA BERHUBUNG DENGAN ALLAH SWT...TAHULAH ENGKAU BERTAPA PERITNYA PERPISAHAN DENGANNYA..wallahua'lam.
Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
Bertali arus dugaan tiba
Telah tertulis suratan nasibmu
salam mujahadah..
salam ramadan...