BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 11, 2009

Zan

Manusia hari ini suka sangat bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.... ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang ‘relax’ disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Orang menegur disangka membebel
Orang membebel disangka mulut murai...

Mana tahu.... yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, mana tahu yang ceria itu kerana cergas, manalah tahu yang menegur itu benar-benar ikhlas, manalah tahu yang membebel itu sedang menasihat.

jadi..sama2la kita berbaik sangka..insyAllah sudah menjadi fitrah manusia sukakan kebaikan^^