BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 9, 2009

MASA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Semakin hari semakin sedikit masa terluang yang saya ada. Banyak aktiviti yang ingin dilakukan tetapi terpaksa ditunda, kerana saya hanya ada 24 jam sehari. Kadangkala rasa teramat best jika kita tidak perlu tidur kerana itu sahaja cara untuk mendapat masa ekstra. Allah telah menjadikan kita dengan sebaik yang mungkin, jadi tidur itu adalah satu keperluan wajib.
Banyak yang ingin saya buat dan capai, tetapi saya ada halangan yang paling besar iaitu masa yang saya diperuntukkan adalah 24 jam sahaja sehari.


Sayang untuk saya korbankan rancangan-rancangan yang berpaksi kepada kebaikan. Kadang kala terfikir di hati ingin menjadi perompak. Ya apabila kita ke mana-mana kita dapat lihat ada orang yang sedang lepak, sedang berbual kosong, sedang terlebih tidur, sedang menonton tv, sedang berehat, sedang main game di tv ataupun playstation dan banyak lagi. Kalau boleh saya ingin merompak masa yang ekstra yang mereka ada itu.

Bestnya jika masa-masa yang ekstra yang mereka ada itu dapat saya miliki, sudah pasti banyak aktiviti yang saya rancangkan berjaya menjadi kenyataan.

Jika setiap orang sudi meminjamkan kepada saya 1 jam setiap hari pasti saya akan membayar balik nanti. Kepada yang sudi meminjamkan kepada saya masa, berikut adalah antara aktiviti yang saya ingin lakukan dengan masa 1 jam yang dipinjam :

1. Membaca buku berinspirasi- supaya diri saya menjadi lebih bersemangat dan dapat memajukan diri dan dapat mengelakkan dari melalui jalan yang salah dan mempercepatkan saya mencapai impian.

2. Membantu orang lain berjaya-supaya semakin ramai orang menjadi hebat, gembira dan sentiasa bersyukur kepada Allah sepanjang masa.

3. Memaklumkan kepada masyarakat tentang keperluan mengurus kewangan dengan baik - ianya boleh dilakukan sama ada melalui flyer, emel, blog, website, sms, radio dan tv.

4. Membantu orang yang sedang menadah tangan memohon bantuan-melawat rumah-rumah anak yatim, orang tua dan menghulurkan simpati ataupun spent time with them.

5. Mendidik rakan sekerja dan sesiapa yang ditemui supaya tidak lagi mengunakan kad kredit (hutang) dan gantikan dengan kad debit(duit).

6. Memberi kenikmatan kepada orang tua, supaya mereka juga dapat menikmati sebahagian dari nikmat dunia yang dibenarkan oleh Allah.

7. Mendekati manusia dengan Allah dengan membaca terjemahan Al-Quran supaya lebih memahami kenapa Allah menciptakan manusia.

….. siapakah yang sudi menghadiahkan masanya untuk aktiviti seperti di atas?

p/s: diemaikan dari seorang teman yang inginkan masa...begitu penting masa itu bagi beliau, erm..bagaimana pula dengan penulis, rasanya begitu banyak masa yang telah dibazirkan!! :( :( :(
~muhasabah ya~

0 comments: