BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

Jangan Bersedih Dengan Perilaku Manusia Terhadapmu

Jangan bersedih dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkahlaku mereka terhadap Allah swt..

anda tidak perlu bersedih dengan perilaku dan tingkahlaku seseorang terhadap anda..mereka adalah orang yang tidak mengetahui bagaimana seharusnya bersikap kepada sesama makhluk Allah swt..Bahkan kepada khalid sekalipun telah melampaui batas.

Menurut iman Ahmad dalam bukunya Az-Zuhud, Allah SWT berfirman :

Wahai anak Adam, sungguh hairan KUlihat dirimu! Aku telah menciptakanmu, tetapi kamu malah menyembah selain dari Aku. Aku telah memberikanmu rezeki, tetapi kamu malah bersyukur selain daripada Aku. Telah KUtunjukkan kasihKU dengan memberimu belbagai nikmat, sedang aku sendiri tidak memerlukanmu, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKU dengan berbuat maksiat. kebaikkanKU selalu KU limpahkan kepadamu, tetapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kapadaKU.

Disebutkan dalam sirah Nabi Isa Alaihissalam bahawa ia telah mengubati sebanyak 30 orang pesakit dan telah menyembuhkan ramai orang buta. Namun mereka itu kemudian berbalik semula menjadi musuh-musuhnya.

ruj: Noraini Abu: Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni SIRI PENYEJUK HATI: don't be sad m/s 242

Tak Nak Peduli..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

penulis tak nak peduli..nak degil dalam urusan nie..

Tak kisahla apa orang nak kata..yang penting yang baik-baik dianggap sebagai teguran membina lagi besh..dan yang kurang baik itu sebagai ujian..cobaan..tak kisahla apa pandangan orang. Slagi ia tidak menganggu gugat hubungan dengan mak ayah, sedara, kawan-kawan termasuk sumala yang byk memberi sokongan.. n, apapun yang paling penting tidak melebihi batasan-batasan dalam agama..hubungan dengan Allah swt..kenapa nak rasa susah hati pula..no point~

untuk membalas bukan diriku..nak senyum bilaku marah..( hahaha ) sebab bilaku marah i2 yang paling buruk!! Xsuka2..

Alhamdullah bersyukur kritikan or teguran tandanya masih ada yang peduli..


penulis still remember..kata-kata tok..masa kecik-kecik dulu….

"orang marah sebab orang sayang..kalau orang dah dah tak peduli 2..erm..maksudnya orang dah tak suka..dah tak sayang"..berbekas juga di hati sanubari neh~

ma kaseh tok..cayang tok..


tok kena rajin makan ubat taw, hihi..tok slalu tukar cita masa d ajak makan ubat ( penah jd nurse xbertauliah dulu, chek darah tok, kencing manis..diabetis mellitus,hihi mesti tok tak faham kalau ckp orang putih cm2..hihi..apapapun..tok memang comeeiila..)... tok slalu cita masa zaman jepun dulu..walaupun slalu diulang2 tp tak ditayang…layanja..hargai masa bersama tok..tok memang besh..hihi ^ ^

p/s : isk3 aper da~ meleret-leret cakap tentang tok pula

Friday, March 27, 2009

AKU DAN KEKASIHKU

MySpaceMySpace

Kali ni aku nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?


DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca
je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! MySpace

Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam ...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya ...millionaire ...billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support...caya tak?


Free of charge...Tapi aku tak sedap hati la...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah!


DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!MySpace


Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI ,
TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA...
ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T. ... CINTA TERAGUNGKU!

ruj: Laman Ustaz Haji Nasruddin bin Haji Hassan At-Tantawi

Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


sebagai insan biasa semestinya tidak lepas dari melakukan salah dan silap..tetapi apa yang lebih penting ialah kesedaran setelah dilalaikan..jangan pula dosa-dosa yang telah dilakukan dijadikan penghalang untuk terus bangun dan kembali semula..siapa kita dahulu menentukan siapa kita sekarang..pengalaman dan kekecewaan lampau merupakan satu kekuatan untuk kita bangun semula..jangan ulangi apa yang membinasakan..jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pedoman serta tauladan..kita tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan..berusaha keras untuk menjauhi kesilapan lampau..usah dikenang andai ia menjatuhkan usaha yang bakal menyusul..dan jangan pula mengulaginya untuk kesekian kali..dan ingatlah Allah swt tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali DIA akan menggantikannya dengan lebih baik..Tetapi itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapannya.

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Robbmu dengan hati yang puas lagi diredaiNYA" ( Al-Fajr: 27-28 )

p/s : semoga aku sentisa resah untuk mencariMU, merinduiMU dan MencintaiMU ya ILAHI

Thursday, March 26, 2009

Fikir-fikirkanlah...

Assalamualaikum WTB

Terkilan rasa hati sepanjang hari ni, sahabat akrab penulis kurang sihat..dia demam teruk sampai menggeletar badannya( sekarang ni banyak sakit yang pelik2..) penulis terkilan saat meminta bantuan untuk bawakan sahabat ni ke pusat kesihatan..tidak ada yang sudi membantu, suma sibuk masih mahu tidur..ada katanya tak sempat ada kelas, bagi penulis apa salahnya tolong hantarkan sekejap..hantarkanja( kamu berkenderaan )..sahabat penulis tak mampu nak jalan masa 2..kalu tak..penulis pun tak akan menyusahkan korang...sahabat penulis bukannya saja2 dia tak sihat..huhuhu..penulis sangat pelik..hal yang sama penah berlaku ( pernah hadapi situasi yang hampir sama..jd mesti tahu prosedurnya..) pd kaum lelaki d desa yang sama..yg peliknya sibuk pula dorang nak tolong~ sampai sesangat risau, bagusla kalu ada rasa risau 2..tak salah pun..tp, knp????? bila sahabat penulis yang perempuan ni sakit korang tak amik kesah..adakah sebab dia perempuan..HUH...penulis sangat kebingunggn dengan sikap yang pelik nie..xsangka perlu ada lagi yang bersifat macam ni..kesian sahabat penulis taw..sampai hati dorang buat macam ni..huhu..sangat2 marah n terasa dengan sikap segelintir sahabat yang camni..erm..apa salahnya, tolong bawakan sahabat penulis sekejap td!!!

tp, Alhamdulillah dalam byk2 2..masih ada juga yang menghulurkan bantuan..terima kasih..kita kan sama2 belajar kat sini jd sama2la bantu membantu..mana tahu suatu hari nanti masa susah kita pula...macam mana kalu xda yang sudi hulurkan bantuan...kan sedih 2~

p/s : hidup nie macam roda ada kalanya kita di atas ada kalanya kita di bawah...

Monday, March 23, 2009

5 jenis racun dan 5 penawarnya

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

seluruh tahun itu racun, ramadhan itu ubatnya.

rindunya!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


kala nie penulis rs rindu sangat!!!
aku kangan sama kamu, apa kamu xkangan sama aku..
( bait2 lagu yg slalu diulang oleh rumitku beberapa ari nie..huhu )

rindunya kat seorang insan bernama kakak..

erm..doa sentiasa mengiringi kak..
moga kak dlm redha dan rahmat darinya..
moga kak bahagia disamping pendamping hidup kak..

un sangat rindu kat kak..

mesti kak sgt gumuk n montel serta sehat kan2..

dah lama kita xborak sama2...
dah lama xdgr ceramah n teguran dr kak..
maaf eh kak..kalu adik ada salah apa2 kat kak..
selama kita bersaudara nie..

insyAllah..adik akan ingat pesan kak..
walau apapun..akak tetap kak yg paling besh yg penah adik ada..

adik rindu kak skrg nie..
tp adik taw, kak pasti byk urusan skrg nie..
walauapapun yg akak sibukkan skrg..

adik pecaya..pasti ada sebabnya..

adik nk ckp yg adik rindu kak sgt2..
akak rindu adik x???

p/s : kau adalah akak yg terbaik yang penah adik ada..ingat 2!!!

suri teladan..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula,

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

P/s : SubhanAllah...Alhamdulillah...Allahuakbar

Sunday, March 22, 2009

husnuzzon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.


Berprasangka baik tuk setiap hal yang kita hadapi bknlah sesuatu yang mudah...sy akui hal i2..tp...merenung dan memikirkan setiap yang brlaku pasti ada hikmah disebaliknya..setiap dugaan 2, pasti ada harganya di cc Allah SWT...jadi, terimalah semua itu dgn brlapang dada...brsikap rasionallah!!!


Hal yang sangat menyedihkan adalah :
-Saat kau jujur pada temanmu,dia berdusta padamu.
-Saat dia berjanji padamu,dia mengingkarinya.
- saat kau memberikan perhatian, dia tidak menghargainya.

Hal yang sangat menyakitkan adalah:
-saat kau mengirimkan email kepada temanmu, dia mendelete tanpa membacanya.
-saat kau bertemu dengannya dan ingin menyapanya,dia tidak menjawab.
-saat kau mencintainya with tulus tapi dia tidak mencintaimu.
-saat dia yang kau sayangi tiba-tiba mengirimkan kad undangan pernikahannya.

Hal yang sangat mengecewakan pula adalah:
-kau diperlukan hanya saat dia dalam kesusahan.
-saat kau bersikap ramah,dia terkadang bersikap sinis
padamu.
-saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha untuk menghindarimu.


Jangan pernah menyesali atas apa yang terjadi padamu.
Sebenarnya hal-hal yang kau alami sedang mengajarmu
.

Saat temanmu mendelete email yang kau kirim sebelum membacanya atau saat bertemu dengannya dan ingin menyapa, dia pura-pura tidak melihatmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu agar tidak berprasangka buruk dan selalu berfikiran positif bahawa mungkin saja pernah membaca email yang kau kirim atau mungkin saja dia tidak melihatmu.

Dan saat dia tidak menjawab emailmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu untuk menjawab email temanmu yang lebih memerlukan jawapan walaupun kau sedang sibuk dan jika kau tidak dapat menjawabnya katakana kau belum dapat menjawabnya jangan biar emailnya tanpa jawapan kerana mungkin dia sedang menunggu jawapanmu.

saat kau mencintainya with tulus tapi dia tidak mencintaimu atau dia yang kau sayangi tiba-tiba mengirimkan kad undangan pernikahannya. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk redho menerima takdir ILAHI.

Saat kau bersikap ramah tapi dia terkadang bersikap sinis padamu, sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk selalu bersikap ramah pada sesiapapun.

Saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha menghindarimu. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk menjadi teman yang dapat berbahagi cerita dan mendengar keluhan temanmu dan membantunya.

Saat kau diperlukan hanya pada saat dia sedang dalam kesulitan. Sebenarnya dia telah mengajarmu untuk menjadi orang yang arif dan santun,kau telah membantunya di saat dia dalam kesulitan.

Begitu banyak hal yang tidak menyenangkan yang sering kau alami..
Apatah lagi bertemu with orang2 yang menggeramkan with sikapnya yang egois.
Dan betapa tidak menyenangkan apabila menjadi orang yang dikecewakan,disakiti,tidak dipedulikan,tidak dihargai atau bahkan mungkin dicaci dan dihina.

Sebenarnya orang-orang tersebut sedang mengajarmu untuk melatih membersihkan hati dan jiwa, melatih untuk menjadi orang yang sabar dan mengajarmu untuk tidak berprilaku seperti itu……………..

Mungkin takdir ALLAH SWT menginginkan kau bertemu dengan berbagai macam karakter yang tidak menyenangkan sebelum kau bertemu dengan orang yang menyenangkan dalam kehidupanmu dan kau harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu yang telah mengajarmu sesuatu yang paling berharga dalam hidupmu.

p/s : belajarlah untuk menghargai sekecil2 kurniaan..i2 lebih baik bukan ^^

Friday, March 20, 2009

Wo HE`r ManG!!

singgah c ni, sbb penulis hampir penin..
aper da~

Saat2 kritikal cm nie..
keupayaan brfikr mngkat..

adakah ini yang dinamakan pemikiran kritis n kreatif
idea datang setelah dikerah..

mujur ada rujukan dr ilmuan lepas..
kalo ikut logik akal..
bole jg..

tp bak kata dr Fadhilah dlm lectrnya td..

kajian perlukan instrument..
of course ia prlukn masa..
kalu dpt kemukakanya..
br lyk digelar true pengkaji..

.................................................................
huhu..
kesiannya otak..
brkerja keras..

sebab tuannya, buat keja last minit!!

p/s : len kali jgn wat keja last minit~

Wednesday, March 18, 2009

Al kisahnya..buku baru ;)

malunya td..MySpace

lepas kuar dari talk oleh Dr. Jerald f. Dirks

( Abu yahya )..

beliau yang juga bekas paderi d US..

adala jualan buku d luar, ruang legar SK3

(dwn d mn brlgsgnya talk 2)

smgtla jg..nmpak buku baru

nk beli!!

tp, kali nie..huhu

dh pegang buku 2, nk bayarja..

ala...buka2 dompet xbw duit..MySpace

dompetja besar..xda se sen pon..huhuhu

malunya time 2...

nsibla..ada ukhti2 yg comel lagi baik hati..hihi

MySpace

dorang hadiahkan..

dahla xkenal, d bri adiah pula..

tersipu2 n trgelak sama2 time 2..hihihi

pas2..dgn segeranya..hihihi, memaksa tuk minta no fon..

nati sy byr balik, nk tempahja...

sebabnya dh lama cari buku 2..

dh jumpa xcited nk bli..dan sgt confirmla ingt bawa duit time 2..

apaperpun..dorang mmg bek hati..

tq..sonok dpt buku baru...MySpaceoyey~

p/s:nati sy call..xbolela..kena byr blik jg~

Tuesday, March 17, 2009

CARA PEROLEH KEREDHOAN DAN KEBERKATAN ALLAH SWT.

1.Menyebut nama ALLAH SWT ketika bangun daripada tidur.

2.Mengutamakan solat Subuh di masjid. ( bagi muslimin…muslimat, sebaik-baik tempat adalah tempat yang agak trsembunyi..)

3.Hendaklah pembukaan hari itu dengan berdoa semoga ALLAH SWT mengurniakan rezeki halal.

4.Pohonlah perlindungan ALLAH SWT daripada azab neraka.

5.Pohon diperkenankan ALLAH SWT akan ni’mat syurga.

6.Menjaga dan berusaha menunaikan solat fardhu di masjid.

7.Sentiasa melakukan solat rawatib dan sunat lain.

8.Bersembahyang dengan penuh khusyuk tadabbur (memerhatikan bacaan di dalam solat itu).

9.Bertakwa kepada ALLAH SWT dalam semua aspek kehidupan.

10.Memuji ALLAH SWT di atas kurniaan ni’mat agung (beragama Islam)

11. Memuji ALLAH SWT di atas kurniaan ni’mat pendengaran,penglihatan,akal fikiran.

12. Beramal dengan kandungan Al-Quran yang dibaca atau dihafaz.

13. Beramal dengan kandungan hadis yang dibaca atau dihafaz.

14. Menaruh minat terhadap pembelajaran ilmu agama yang utama dalam membentuk peribadi Muslim sejati dengan menghadiri kelas pengajian agama.

15. Berusaha menghindari semua anggota badan daripada melakukan perkara haram.

16. Membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

17. Menziarahi orang sakit dan sedia membantu mereka.

18. Apabila mereka meninggal dunia iringilah jenazah dan ucaplah takziah kepada keluarga mereka.

19. Mengajak kepada makruf (berbuat baik) dan mencegah kemungkaran (kejahatan).

20. Menasihati saudara seagamanya kepada ALLAH SWT.

21. Mengutamakan pertolongan kepada saudara seagama dan menunaikan hajatnya apabila diperlukan.

22. Tidak mungkir janji dan benar janjinya.

23. Berhemat ketika miskin atau kaya, dengan erti kata tidak terlalu boros dan tidak terlalu bakhil harta benda yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadanya.

24. IKHLAS SEGALA AMALAN YANG LAHIR ATAU BATIN KERANA MERASAKAN ALLAH SWT MELIHAT DAN MEMERHATIKANNYA

P/s : ini hanya beberapa cara diantaranya...

Tips Kesihatan dari Perspektif Islam

Tips berguna nie penulis dapat dr seorang sahabat...
ms dia datg bilik cocokan pndrive beliau ke laptop ayer..
Ape2 pun...sgt berguna!!!


So..nak letak dalam blog ni-->just for future reminder


Terinspirasi dari satu ayat dari e-mail logik …

” … Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya…. “

*********************************************************
“Tahukah anda mengamal minum secawan air teh “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, beratbadan anda akan berkurangan.
(memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan :-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (masak ) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

p/s: I love Islam..

Monday, March 16, 2009

Sayangi mak,umi,Ibu,mamy,mama,indai.....

kenapa kita perlu sayang mak kita???
ada byak sebab...
nie sbb yg sikit jer...

Ketika berusia 1 tahun ,
ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun,
ibu mengajar kita bermain..
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun,
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..
kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun ,
ibu membelikan sekotak pensil warna..
kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun,
ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun ,
ibu memimpin tangan kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"

Apabila berusia 7 tahun,
ibu belikan sebiji bola.
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun ,
ibu belikan ais krim...(nyam3)
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun,
ibu menghantar ke sekolah..
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun ,
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun,
ibu menyuruh membuat kerja sekolah..
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun,
ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun,
ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama...
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun,
ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..
kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

usia 18 tahun ,
ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA...
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun ,
ibu bersusah payah membayar yuran pengajian...
menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.
kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun ,
ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".

Setelah berusia 21 tahun ,
ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata "
saya tidak mahu jadi seperti ibu".

Ketika berusia 22-23 tahun,
ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan..
"perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"

Menjelang usia 24 tahun,
ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."

Ketika berusia 25 tahun,
ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.
Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun,
ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..
kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".

Ketika berusia 40 tahun,
ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung..
kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun,
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya...
kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada
anak-anak....

Dan.....
kemudian suatu hari,
kita mendapat berita ibu meninggal !
Khabar itu bagaikan petir !!
dalam lelehan air mata,
barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada,
sayangi dia...

Jika telah tiada,
ingatilah kasih dan sayangnya.
Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

"sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku
adalah semata-mata kerana Alllah SWT"


p/s: sesungguhnya syurga i2 terletak di bawah tapak kaki ibu...sayangilah dirinya sepertimana dia menyayangi kita

buat mak Hassnah binti Sellah...un sayang sangat kat mak!!

Sunday, March 15, 2009

Nasi daging mak!!

salam..

dapat call dari mak sedara... ( mak ida )
"hang xbalik ka mggu ni.."

xbalik..tengah rush MySpacebuat asemen..
semuanya group asemen..

memang xbole balik..huhu

"yaka!! ruginya..mak hg ingat hg nak balik, mak hg masak nasi daging hari ni..hehe, sedap..."


Nasi daging!!!


nak3..
huhuhu...nak jugak nasi daging..

P/s: nati mak masak lain eh..MySpace

Saturday, March 14, 2009

letihnyer hari nie..

salam..

mcm biasa..ari sabtu msti kena bgun awl
suksis!!
nila unit ko k yg dipilih dgn hati yg rela...

tujuannya byk jg..
tp slh satunya..
bole memntapkan disiplin diri..hihi
letihnyer..MySpace
dr kul 6.45 pg~7.00ptg br smpi u..
ujian menembak..kod : M16..huhu

sgguh sedih kali nie.. MySpace
ntahla..xbole nk fokus..

teknik menenang yg dipelajari..
huh! ilang cm2ja..

trutamanya..time kunci auto
huhu..semuanya
bum..bum..bum..
hihihi..punah 10 butir peluru..

sbbnya ntahla..
xbole fokus.. MySpace

lastly..org len 37 butir..
extra tuk aye..74 butir..

hihihi!!
kena mngulang tembak skali g..

Alhamdulillah...akhirnya lulus juga
xpala..next time wat yang terbaik

p/s: gambate yo~jiaayo...

Thursday, March 12, 2009

Kasihku Kembali Pulang

Terdetik kala ini...

Ilahi..
Engkau kembalikn rinduku padaMU

Ya Ilahi
kerna tatkala ini aku mencari diriMU kembali
setelah aku sangat keletihan...
dengan perjuangan yang aku sendiri tidak pasti

Ku tahu Ya Ilahi..
letih dan lelahku ini
pasti.!!
ada harganya, ada nilainya di sisiMU Ilahi

Dengarkan Ya Ilahi..
rintihan hambaMU ini..
yang disedarkan..
atas kelewatan..
menilai erti CINTA MU

Maafkan YA Ilahi..
kerna hari ini, kucari lagi
setelah kucemari janjiku
untuk istiqhomah di jalanMU

Dalam kerancakkanku dulu
menyiram taman hati insan lain
ku alpha Ya Ilahi
akan taman hatiku sendiri

yang kian kering kontang
layu..tiada mekar


Ampunkan Ya Ilahi..
Jika tidak Ya Ilahi..
bagaimana diri ini akan berdepan denganMU
dengan dosa-dosa ini Ya Ilahi

Ampunkan, ampunkan...ampunkan
hambaMU ini Ya Ilahi


skali lagi Ya Ilahi

tangan Yg Kotor ini
menadah jua..
memohon keredhaan dari MU Ilahi

Ilahi
sekiranya kau ampunkan hambaMU ini
jangan kau biarkan ku lupa Ya Ilahi
akan tangan yang kotor ini

Ya Ilahi
ampunkan juga dosa2 ibu dan ayah

kasihkan mereka Ya Ilahi...
sebagaiman kasihnya mereka terhadapku


p/s: nukilan ini, khas buat hati ini~MySpace

wahai Jiwa2 yang tenang

salam...

ketenangan dapat kita capai
TAPI...ia tidak akan datang
tanpa usaha keras

ketenangan bukan milik semua
ada usaha untuk perolehinya
ada jalan untuk menujunya

temanku...

jadikan Tahajjud sbg permulaan hari
Sunat taubat bukti menyesali
sunat hajat tatkala sesuatu dihajati
witir ganjil kesukaan ilahi
istikharah penunjuk jalan agar meyakini
dhuha memurahkan rezeki

Disinilah cara untuk kita memperoleh
ketenangan...keyakinan...ketabahan..dan kepimpinan


ketahuilah walaupun ganjarlan tidak dapat kita lihat dengan mata
tetapi hikmah dan mamfaatnya dapat dirasa dengan jiwa dan minda

Dan ingatlah 70 tilikan Allah SWT untk meletakkan kita sebagai khalifah...
tentunya ada hikmah..

jadi!!

usah kita persoalkan ribuan ganjaran yang menanti kita
dan jutaan keredhaan bakal menyambut...

p/s :
KEWAJIPAN MEMBUATKAN KITA MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN BAIK

TETAPI KERANA MINAT MEMBUATKAN KITA MELAKSANAKANNYA DENGAN CEMERLANG...nasihatiku..:)

Sunday, March 8, 2009

Baby

salam

baby memang sgt comeii..kan2
kalu dipikirkan tingin nk jadi mcm baby
asal nangisja...cepatja org datang tengok..main cak3 skit ;)
senyumla balik..hihi

dah besar2 skit, dah pandai nk bersolek2,
ni kursus tuk knk2 prempuanla..:)
kalu nak menan, mak ayah sure belinyer..
tunjukja..(ye ka??)

ckp pasal menan..
zaman skrg myknya menan, best2 lak2
napala zaman knk2 dulu xda cm2..huhu
xaci betoiilala..

tp..bila dh dewasa, hehe..sencitifla pula..
kena marah skit majuk, muncungja mulut..huhu
emosi saja..ihks3..
xbaiktaw!!!

Saturday, March 7, 2009

10 pesanan Rasulullah

Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita untuk mengusir iblis dan bala tenteranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam jurang kehinaan tanpa kita sedari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita .

Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang ditulis dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

p/s : yang buruk itu datangnya dari kelalaian diri sendiri... :(

Friday, March 6, 2009

wanita bukan cantikja malah gagah~


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Wanita yang gagah,adalah:-

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan

3) Wanita yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan


Kegagahan seorang wanita itu, sebenarnya berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi wanita
**(-.-)**

p/s: sapa nak jadi wanita mcm ni ...;)

Mampukan diri ini meraih Cinta Luar Biasa...???

Cinta Luar Biasa
Cinta seorang kekasih kepada umatnya
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir
Lidah Rasulullah SAW menuturkan tanpa henti

Cinta Luar Biasa
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan

Cinta Luar Biasa
seteguh kasih khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah SAW dan Islam dipinggirkan

Cinta Luar Biasa
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan
Insan yang sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan

Cinta Luar Biasa
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yang gersang
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air
tatkala mendengar tangisan si anak kecil

Cinta Luar Biasa
Umpama keberanian ALI
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan baginda di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan

Cinta Luar Biasa
Cinta Asiah, Marsyitah dan Sumayyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tidak sedikitpun goyah
Kerana keyakinan teguh terhadap penciptanya

p/s :Kisah Cinta Luar Biasa insan pilihan berada di jalanNya, tulusnya kasih teguhnya jiwa..redha dan sabar menempuh dugaan drNya..insan yang merasai kemanisan iman ;)