BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

Jangan Bersedih Dengan Perilaku Manusia Terhadapmu

Jangan bersedih dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkahlaku mereka terhadap Allah swt..

anda tidak perlu bersedih dengan perilaku dan tingkahlaku seseorang terhadap anda..mereka adalah orang yang tidak mengetahui bagaimana seharusnya bersikap kepada sesama makhluk Allah swt..Bahkan kepada khalid sekalipun telah melampaui batas.

Menurut iman Ahmad dalam bukunya Az-Zuhud, Allah SWT berfirman :

Wahai anak Adam, sungguh hairan KUlihat dirimu! Aku telah menciptakanmu, tetapi kamu malah menyembah selain dari Aku. Aku telah memberikanmu rezeki, tetapi kamu malah bersyukur selain daripada Aku. Telah KUtunjukkan kasihKU dengan memberimu belbagai nikmat, sedang aku sendiri tidak memerlukanmu, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKU dengan berbuat maksiat. kebaikkanKU selalu KU limpahkan kepadamu, tetapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kapadaKU.

Disebutkan dalam sirah Nabi Isa Alaihissalam bahawa ia telah mengubati sebanyak 30 orang pesakit dan telah menyembuhkan ramai orang buta. Namun mereka itu kemudian berbalik semula menjadi musuh-musuhnya.

ruj: Noraini Abu: Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni SIRI PENYEJUK HATI: don't be sad m/s 242

0 comments: