
Buatmu wahai teman ku
dirimu amat berharga buatku
hadirmu amat ku hargai
terima kasih atas persahabatan ini
Wahai temanku
jangan pernah mengkhianati aku
kerana aku tidak akan pernah mengkhianati dirimu
jangan pernah menyakiti hatiku
kerana aku sedaya upaya untuk tidak menyakiti hatimu
jangan pernah mempermainkan perhubungan ini
kerana aku tidak akan pernah mempermainkan ikatan ini
Wahai sahabatku
terimalah aku seadanya aku
kerana aku sedia menerima dirimu seadanya
hargailah kasih sayangku padamu
kerana aku menyanyangi dirimu seikhlasnya
kongsilah bersamaku segala suka dan duka
kerana itu nilai setia pengorbananku padamu
Wahai saudaraku
aku mahu kau tahu hakikat hidup ini
kerana dirimu begitu berharga buatku
aku mahu kau sedar akan betapa kejamnya dunia ini
apabila kau lalai meniti perjalanan hidupmu
Aku mahu kau tahu
tiada dua atau tiga sepertimu
menjadi sahabatku dunia & akhirat
Maka wahai temanku
kasihi aku sepertimana aku mengasihi dirimu
hargai aku sebagaimana aku menghargai dirimu
sayangi aku sepertimana aku menyayangi dirimu
terimalah aku sebagaimana aku menerima dirimu
Semoga persahabatan kita dirahmatiNYA
Syukur alhamdulillah & terima kasih