BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 1, 2011

------------

MasyaAllah...YA ALLAH...ampunilah dosa hambamu ini...yg lemah..yang lalai....yang hina....ampunilah YA ALLAH...

Sunday, October 23, 2011

Selena Gomez & The Scene - Who Says

Monday, October 17, 2011

Mesti!!!

Hidup adalah BELAJAR...
Belajar BERSYUKUR meskipun tak cukup...
Belajar IKHLAS meskipun tak rela...
Belajar TAAT meskipun berat...
Belajar MEMAHAMI meskipun tak sehati..
Belajar BERSABAR meskipun terbebani...
Belajar SETIA meskipun tergoda...

MAKA dari itu lah kita harus tetap BELAJAR untuk tetap berada di JALAN yang BENAR....

BELAJAR menjadi LEBIH BAIK dan LEBIH BIJAK... InsyaAllah...

Thursday, October 13, 2011

~ Di mana Dia di hatiku~

Jika terpaksa membenci..jangan ketara..
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata..relakan dia lakukan segalanya
pendam rasamu..rendam katamu

jika terpaksa membenci..benci seadanya
jangan dirinya..tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan..jangan berlebihan
diam...dan cuba maniskan wajah

jika terpaksa membenci..jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala disudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya

Jika terpaksa membenci..
(Alangkah baik jika kalimah itu tiada?) :)


Pahrol Mohd Juoi ~ Di mana Dia di hatiku~

Tuesday, April 12, 2011

SMKPTJ^^

Assalamualaikum wtb....nielah antara kenangan terindah di smkptj...segala suka n duka akan diabadikan...cikgu akan rindu kam0oo semua...harap2 suma dtg sempena majlis pepisahan cikgu n cikgu ecah sok...walaupun xlahseberapa majlis 2..moga saat2 akhir bersama akan diabadikan slamanya...wat guru2 seperjuangan makaseh bebanyak xterhigga atas tunjuk ajar slama hmpir 4 bulan di sana...
jasamu dikenang^^..thank a lot .....;@












BAIK-BAIK SAYANG 


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku





sekitar kenangan terindah bersama anak didik & teman seperjuangan  tercinta
@..;....  ....;..@





Antara BBM ms ngajor **(._.)**

Tuesday, March 22, 2011

Guru

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai 
mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, mudarris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu’alim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Mudarris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ...
 (Maksud Al-Qur' an 11 :29)Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman
 (Maksud Al-Qur'an 42:215)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas

Saturday, March 19, 2011

Doa Untuk Ayah & Ibu


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, 
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah"kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah 
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.
Amin...




Jangan Putus Asa Dengan Berdoa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, February 11, 2011

Maher Zain - InsyaAllah (Malay version with lyrics)

Wednesday, February 9, 2011

Without You



Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Lyrics Information:

Artist: Sami Yusuf
Album: Without You
Year: 2009
Lyrics: Conner Reeves
Melody: Sami Yusuf
Copyright: Awakening Worldwide Limited

Tuesday, January 25, 2011

::Bertaubat dari dosa & Bersegera mengerjakan kebajikan::


Lupa dan lalai kadang2 menguasai seseorg insan, kadang2 kita sering tertipu oleh nafsu dan terkena bisikan syaitan lalu terjerumus mengerjakan maksiat dan berbuat dosa, sama ada kecil atau dosa2 besar.Oleh itu, dari tanda ketakwaan seseorg maka hendaklah ia segera bertaubat dan memohon ampunan dr segala dosa2 dan maksiat ketika tersedar mahupun disedarkan.

Allah SWT berfirman di dalam menjelaskan sifat2 org beriman yg bermaksud:

" Dan mereka yg apabila melakukan kekejian atau menzalimi diri2 mereka, (lalu) mereka ingt akan Allah lalu memohon keampunanNya bagi dosa2 mereka dan siapa lagi mengampuni (dari perbuatan2 keji itu) sedangkan mereka mengetahui...."

                                                                                                                                 (Ali Imran : 135)

Firman Allah SWT yg bermaksud:

" Sesungguhnya org2 yg bertakwa bila mereka ditimpa was2 dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya."

                                                                                                                                      (Al-A' raaf : 201)

      Kemudian setelah bertaubat dan meminta ampunan, seseorg mukmin yg bertakwa itupun brsegera melakukan kebajikan dan memperbayakkan amalan2 soleh demi mengkifarahkan dosa2 mereka dan memadamkan dosa2 yg tercatit dlm keadaan teguh dan yakin dgn janji2 Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

             "Sesungguhnya kebajikan-kebajikan itu melenyapkan kejahatan-kejahatan...."
                                                                                                                                          ( Hud :6)

 Dan demi menyahut perintah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda:

".....Dan ikuti kejahatan itu dengan kebaikan maka kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan...."


Sumber : SYARAH HADIS 40, Khalid Ibrahim Mulia Khothir. m/s 290-291
by : afira noor