BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 17, 2009

CARA PEROLEH KEREDHOAN DAN KEBERKATAN ALLAH SWT.

1.Menyebut nama ALLAH SWT ketika bangun daripada tidur.

2.Mengutamakan solat Subuh di masjid. ( bagi muslimin…muslimat, sebaik-baik tempat adalah tempat yang agak trsembunyi..)

3.Hendaklah pembukaan hari itu dengan berdoa semoga ALLAH SWT mengurniakan rezeki halal.

4.Pohonlah perlindungan ALLAH SWT daripada azab neraka.

5.Pohon diperkenankan ALLAH SWT akan ni’mat syurga.

6.Menjaga dan berusaha menunaikan solat fardhu di masjid.

7.Sentiasa melakukan solat rawatib dan sunat lain.

8.Bersembahyang dengan penuh khusyuk tadabbur (memerhatikan bacaan di dalam solat itu).

9.Bertakwa kepada ALLAH SWT dalam semua aspek kehidupan.

10.Memuji ALLAH SWT di atas kurniaan ni’mat agung (beragama Islam)

11. Memuji ALLAH SWT di atas kurniaan ni’mat pendengaran,penglihatan,akal fikiran.

12. Beramal dengan kandungan Al-Quran yang dibaca atau dihafaz.

13. Beramal dengan kandungan hadis yang dibaca atau dihafaz.

14. Menaruh minat terhadap pembelajaran ilmu agama yang utama dalam membentuk peribadi Muslim sejati dengan menghadiri kelas pengajian agama.

15. Berusaha menghindari semua anggota badan daripada melakukan perkara haram.

16. Membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

17. Menziarahi orang sakit dan sedia membantu mereka.

18. Apabila mereka meninggal dunia iringilah jenazah dan ucaplah takziah kepada keluarga mereka.

19. Mengajak kepada makruf (berbuat baik) dan mencegah kemungkaran (kejahatan).

20. Menasihati saudara seagamanya kepada ALLAH SWT.

21. Mengutamakan pertolongan kepada saudara seagama dan menunaikan hajatnya apabila diperlukan.

22. Tidak mungkir janji dan benar janjinya.

23. Berhemat ketika miskin atau kaya, dengan erti kata tidak terlalu boros dan tidak terlalu bakhil harta benda yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadanya.

24. IKHLAS SEGALA AMALAN YANG LAHIR ATAU BATIN KERANA MERASAKAN ALLAH SWT MELIHAT DAN MEMERHATIKANNYA

P/s : ini hanya beberapa cara diantaranya...

0 comments: